Assalamualaikum,
ngee , awok bukan nk menyemak , just nk tlg sikit2 memana yg mampu .. :)
nie ada contoh kaedah kajian syarikat Maybank ..
sape yang buat kajian pasal syarikat Maybank tu ,boleh rujuk sini ^.^
nie ada contoh kaedah kajian syarikat Maybank ..
sape yang buat kajian pasal syarikat Maybank tu ,boleh rujuk sini ^.^
4.0 KAEDAH KAJIAN
Bahagian ini membincangkan tentang
beberapa jenis kaedah yang digunakan bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Antara tujuan
menyediakan kaedah kajian ini adalah untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian. Kaedah kajian
yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah pendekatan kualitatif yang melibatkan data
sekunder. Selain itu, kaedah pemerhatian, kaedah temu bual secara langsung
dengan responden , kaedah
pengumpulan data atau
kaedah literature serta kaedah penganalisan terhadap data yang
diperolehi turut digunakan sepanjang
kajian dibuat. Melalui kaedah ini, kajian yang dijalankan akan lebih
sempurna dan tersusun supaya ia selaras dengan matlamat dan objektif kajian
yang dibuat.
Oleh itu, pencarian maklumat dan data
akan menjadi lebih mudah sekiranya mengetahui kaedah bagi perlaksanaan
kajian.Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan seberapa banyak data yang
diperlukan untuk melengkapkan kajian ini. Bagi menyiapkan objektif
kajian,segala langkah dibuat secara berperingkat supaya perjalanan kajian dapat
disiapkan dengan lancar.
Antara
kaedah yang digunakan oleh saya dalam menjalankan kajian ini ialah:
4.1 Data Sekunder
Data sekunder merupakan data yang telah
sedia ada dan sering dijadikan sebagai rujukan
untuk tujuan yang tertentu. Perolehan
data sekunder ini dilakukan pada
peringkat awal kajian bertujuan untuk memantapkan kajian awal.
Pada era globalisasi, maklumat kini
adalah mudah untuk diperolehi dengan adanya teknologi (ICT) yang telah membantu
pengkaji untuk mencari maklumat. Oleh itu,pengkaji telah menggunakan kaedah
pengumpulan data daripada maklumat internet untuk mendapatkan peta dan gambar
Maybank iaitu syarikat
multinasional untuk kajian ini. Oleh hal
yang demikian, maklumat daripada internet digolongkan sebagai data sekunder
yang kian popular digunakan pada masa kini.
4.1.1
laman sesawang
Penyelidik memperolehi kebanyakan
maklumat atau data melalui laman
sesawang syarikat seperti latar belakang dan sejarah syarikat, aktiviti
syarikat, strategi syarikat dan produk yang dikeluarkan Contohnya, menurut http://www.maybank.com Maybank
mempunyai 22 buah cawangan di
seluruh Singapura dan
Maybank juga menyediakan satu
barisan lengkap perbankan dan produk
serta perkhidmatan kewangan. Maybank, menerusi Maybank Filipina Incorporated,
mempunyai 45 buah cawangan di Filipina dan juga mempunyai kehadiran perbankan
dalam kebanyakan pasaran Asia Tenggara yang lain, termasuk Brunei, Papua New
Guinea, Indonesia, Kemboja dan Vietnam. Bank ini juga mengendali cawangan di
New York, London, Hong Kong dan Bahrain.
4.2 Data primier
Sumber
primer yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah melalui kaedah permerhatian dan temu bual untuk mendapatkan maklumat tentang maklumat
tentang aktiviti perniagaan, pendekatan
strategik, konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan dan juga tentang
strategi pemasaran yang dilaksanakan oleh Maybank. Kaedah ini digunakan untuk
memerhatikan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Maybank setiap hari. Hal
ini dapat memudahkan pengkaji untuk memahami situasi yang sebenar yang hendak
digambarkan semasa membuat kerja kursus.
4.3
Buku
Penyelidik
merujuk buku sebagai sumber maklumat untuk memperolehi maklumat tentang
konsep-konsep perniagaan dan pentadbiran contohnya buku New Era of Management
yang ditulis oleh Richard L. Daft. Selain itu, penyelidik juga memperoleh
maklumat tentang maksud syarikat multinasional melalui buku Ace Ahead=Pengajian
Perniagaan Penggal 3 yang ditulis oleh Mokhtar Pet.
4 comments
Click here for commentsNasib la ada entri ni..terkaji la jugak pasal maybank ni..good info:-)
Replyhehe , thanks .. bkn apa sgt .. just kaedah je .. sbb dlu nk buat pslmaybank tp tukar last minute :P
Replyaktiviti maybank ade tak ???tolong share
Replysori sis , sy sempat buat smpai kaedah kajian je sbelum sy tukar tajuk lain ..
Replysbb maybank susah sikit nkcari detailed .. my next entry ada latar maybank (yg sy sempat kaji) .. hope dpt m'bantu
ConversionConversion EmoticonEmoticon