Assalamualaikum,
Alhamdulillah, da lengkap pbs p.perniagaan
mnc I ,hihi (saya buat tajuk Avon)
da selesai present pbs pp (yg serabut gila habaq hang) haha
da selesai present pbs pp (yg serabut gila habaq hang) haha
Okay, tujuan kita nie bukan nyer nk menyemak ,
just nk tlg sikit2 memana yg mampu :)
(who knows ada yg mcm kita nie yg duk tukar2 tajuk last2 minute) ^.~
nie ada contoh latar belakang syarikat Maybank ..
sape yang buat kajian pasal syarikat
Maybank (or tukar kajian tetiba) tu ,boleh rujuk sini ^.^
2.0 LATAR
BELAKANG MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK)
Malayan Banking Berhad atau lebih
dikenali sebagai Maybank merupakan rangkaian bank dan kumpulan wang yang
terbesar di Malaysia. Maybank telah ditubukan pada 31 Mei 1960 di Kuala Lumpur
oleh sekumpulan usahawan tempatan. Sebanyak RM 120 telah diberikan kepada
mereka semasa permulaan operasi Mayban. Pada 12 September 1960, Maybank mula
beroperasi dan dikenali. Bank ini juga telah mempunyai kepentingan yang besar
dalam perbankan Islam melalui Maybank Islamic Bank manakala insurans pula
melalui anak syarikatnya Etiqa
Maybank telah ditubuhkan oleh raja
pedagang Malaysia Khoo Teck Puat, yang mati pada tahun 2004. Kumpulan syarikat
ini diketuai oleh presiden dan CEO Amirsham Abdul Aziz dalam dua dekad sehingga
Mac 2008 selepas beliau dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri di
dalam Unit Perancang Ekonomi, satu jawatan yang dipegang sehingga April 2009.
Dato' Sri Abdul Wahid Omar secara rasminya dilantik menjadi Presiden & CEO
Kumpulan Maybank pada bulan Mei 2008. Sehingga kini, jawatan tersebut disandang
oleh Tan Sri Dato’Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.
Maybank merupakan sebuah bank
komersial yang terbesar di Malaysia dalam pelbagai aspek. Di Malaysia sehingga
tahun 2013, Maybank telah mempunyai lebih 374 cawangan dan lebih 2700 mesin ATM
di seluruh Negara dan secara tidak langsung telah menjadikan Maybank sebagai
rangkaian ATM yang terbesar di Negara ini. Di Singapura pula, Maybank mempunyai
24 cawangan, Brunei Darussalam 5 cawangan, manakala China,Hong
Kong,Vietnam,United Kingdom, Amerika Syarikat, Kemboja dan Uzbekistan
kesemuannya mempunyai 1 cawangan. Bank ini juga mengendalikan cawangan di New
York, London, Indonesia dan banyak lagi.
Matlamat penubuhan Maybank ini adalah
untuk memenuhi keperluan semua pelanggan di seluruh Malaysia,Singapura,Brunei
dan Negara-negara lain. Maybank mempunyai komitmen untuk memenuhi matlamat
tersebut. Antara matlamat tersebut adalah untuk memberi perkhidmatan kepada
pelanggan melalui kaedah yang paling cekap dan berkesan. Selain itu, membentuk
satu kerjasama yang paling berkesan dan sempurna dengan menggunakan
sumber-sumber yang dimiliki oleh Mybank dan banyak lagi. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh
Maybank ialah insurans,perkilangan,syarikat broker saham, perkhidmatan
amanah,pengurusan tabung harta amanah, pelaburan dan banyak lagi.
Ibu pejabat Maybank terletak di Jalan Tun Perak mempunyai ketinggian 244 m
(799 kaki) merupakan bangunan tertinggi di Malaysia pada tahun 1988 hingga 1998
sebelum diambilalih oleh Menara Berkembar Petronas.Bangunan ini mempunyai 50
tingkat dan siap pada tahun 1987.
Aspek utama dan tumpuan kajian adalah
berkisarkan aktiviti perniagaan yang diamalkan, pendekatan strategik yang
digunakan dan perkaitannya dengan konsep perniagaan antarabangsa dan mengkaji
strategi pemasaran yang boleh dilaksanakan oleh Maybank.
2 comments
Click here for commentsgood sharing ;)
Replytenkiu ^.^
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon