PBS Pengajian Perniagaan sem 3 2014

PENGENALAN MAYBANK (lengkap)
Assalamualaikum, 
Alhamdulillah, da lengkap pbs p.perniagaan MNC I , hihi (saya buat tajuk Avon)
anddd, da selesai jugakk present pbs pp (yg serabut gila habaq hang) haha

Okay, tujuan kita nie bukan nyer nk menyemak ,
just nk tlg sikit2 memana yg mampu  :)
(who knows ada yg mcm kita nie yg duk tukar2 tajuk last2 minute) ^.~
nie ada contoh pengenalan syarikat Maybank ..
nie contoh abih lengkap nie .. huhu (wat penat je taip pepanjang, last2 x jadik wat tajuk nie)  :'(
sape yang buat kajian pasal syarikat Maybank (or tukar kajian tetiba) tu ,boleh rujuk sini ^.^


PENGENALAN

       Fokus kajian pengkaji adalah ke atas pendekatan strategik syarikat multinasional. Pengkaji telah memilih Syarikat Malayan Banking Berhad (Maybank) bersandarkan aspek aktiviti perniagaan yang dijalankan,kaedah pendekatan stategik yang dipilih,perkaitan dengan konsep perniagaan antarabangsa dan strategi pemasaran yang diamalkan.
      Majoriti negara di dunia termasuk Malaysia telah menerima kehadiran syarikat baru dalam pasaran antarabangsa, iaitu syarikat multinasional. Syarikat multinasional sebenarnya merupakan syarikat yang  mampu mengintegrasikan proses pengeluaran dan pemasaran barang dan perkhidmatan melalui penggunaan kaedah pengeluaran baru, mendominasi pengeluaran dunia dan mewujudkan monopoli di dunia. Kemunculan syarikat multinasional telah mewujudkan beberapa kesan positif. Antara salah satunya adalah syarikat multinasional telah mampu menceburi industri berskala besar yang sebelum ini kurang mampu diusahakan oleh pemodal tempatan dan pendapatan negara dapat ditingkatkan melalui cukai yang dikenakan kepada syarikat-syarikat multinasional (MSC).
      MNC umumnya ialah syarikat/perbadanan yang beroperasi sama ada di dua ataupun lebih daripada dua buah negara asing secara serentak melalui usaha sama, subsidiari milik penuh dan cawangan yang dikawal oleh satu perbadanan induk. Kebanyakkan MNC adalah dimiliki oleh negara maju seperti Amerika Syarikat (US) dan Kesatuan Eropah (EU) yang mana mempunyai dana yang banyak dan kukuh dan sering mencari ruang pelaburan di negara dunia ketiga bagi memperoleh sumber asli yang banyak dan sumber buruh yang murah bagi meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan. Agenda yang dibawa oleh MNC adalah merupakan agenda moden yang sangat diperlukan oleh negara yang kurang berdepan dengan pembangunan seperti elemen teknologi, kepakaran, pelaburan bagi menambah pendapatan negara dan banyak lagi. 
     Syarikat multinasional mempunyai maksud dan istilah yang telah diguna pakai dalam pelbagai bentuk.Menurut Mokhtar Pet (2014), syarikat multinasional merupakan sebuah syarikat besar yang beroperasi melalui cawangan-cawangan yang terdapat di beberapa buah negara di dunia. Cawangan ini akan dikawal oleh sebuah syarikat dari sesebuah negara atau sebuah syarikat induk. Selain itu, Dunning (1974) merujuk syarikat multinasional sebagai sebuah firma yang membuat pengeluaran sekurang-kurangnya di sebuah Negara asing. Seterusnya, Kwok dan Reeb (2000) pula mendefinisikan syarikat multinasional sebagai sebuah syarikat yang mempunyai nisbah aset asing yang melebihi satu peratus.
     Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan atau kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Manakala, definisi pengurusan strategik ialah keputusan dan tindakan pegurusan yang menentukan prestasi jangka panjang dan jangka pendek sesebuah organisasi. Kepentingan pengurusan strategik ialah membentuk asas bagi proses pembuatan keputusan,menghasilkan prestasi organisasi yang lebih baik dan banyak lagi. Banyak analisis ekonomi antarabangsa berpendapat bahawa MNC memiliki tiga perkara yang mampu mengukuhkan keupayaan mereka iaitu peningkatan kecanggihan ekonomi, pembangunan mobiliti modal dan keupayaan mengawal negara bangsa dengan menggunakan kunci sesuatu industri (Carriere,2000).
     Maybank adalah syarikat dagangan untuk Malayan Banking Berhad. Selain itu, syarikat ini mempunyai rangkaian bank dan kumpulan kewangan yang terbesar di Malaysia. Buktinya, Maybank merupakan bank yang mempunyai lebih 374 cawangan tempatan dan 90 cawangan di luar Negara. Tambahan pula, Maybank adalah syarikat yang tersenarai pada Bursa Saham Malaysia dan Bursa Malaysia dengan modal pasaran lebih RM 30 billinion. Maybank telah ditubuhkan pada 31 Mei 1960 di Kuala Lumpur oleh sekumpulan usahawan tempatan dan mula beroperasi pada 12 September 1960. Skop operasi perniagaan Maybank adalah seperti perbankan,kewangan,pelaburan dan sebagainya.

      Selain itu, Maybank juga beroperasi sebagai sebuah syarikat insurans,perbankan pelaburan dan pengurusan aset serta sektor kewangan. Subsidari-subsidari syarikat Maybank  ini termasuklah Etiqa Insurans & Takaful yang menyediakan kemudahan insurans kepada masyarakat pada masa sekarang. Sehingga kini, Maybank adalah bank terbesar di Malaysia , asetnya bernilai RM301 billion (USD$87 billion), meletakkannya di antara 120 bank paling atas di dunia dan dijangka aset tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa. Malayan Banking juga merupakan syarikat yang berdaftar di bawah Bursa Malaysia.  Oleh sebab itu,pengkaji telah  memilih Maybank sebagai tajuk untuk membuat kerja kursus yang bertajuk “Pendekatan Strategik Yang Digunakan Oleh Maybank”.
Previous
Next Post »