PBS Pengajian Perniagaan sem 3 2014

Assalamualaikum, 
Alhamdulillah, da lengkap pbs p.perniagaan mnc I ,hihi (saya buat tajuk Avon)
da selesai present pbs pp (yg serabut gila habaq hang) haha

Okay, tujuan kita nie bukan nyer nk menyemak ,
just nk tlg sikit2 memana yg mampu  :)
(who knows ada yg mcm kita nie yg duk tukar2 tajuk last2 minute) ^.~
nie ada contoh latar belakang syarikat Maybank ..
sape yang buat kajian pasal syarikat Maybank (or tukar kajian tetiba) tu ,boleh rujuk sini ^.^


2.0     LATAR BELAKANG MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK)
         Malayan Banking Berhad atau lebih dikenali sebagai Maybank merupakan rangkaian bank dan kumpulan wang yang terbesar di Malaysia. Maybank telah ditubukan pada 31 Mei 1960 di Kuala Lumpur oleh sekumpulan usahawan tempatan. Sebanyak RM 120 telah diberikan kepada mereka semasa permulaan operasi Mayban. Pada 12 September 1960, Maybank mula beroperasi dan dikenali. Bank ini juga telah mempunyai kepentingan yang besar dalam perbankan Islam melalui Maybank Islamic Bank manakala insurans pula melalui anak syarikatnya Etiqa
      Maybank telah ditubuhkan oleh raja pedagang Malaysia Khoo Teck Puat, yang mati pada tahun 2004. Kumpulan syarikat ini diketuai oleh presiden dan CEO Amirsham Abdul Aziz dalam dua dekad sehingga Mac 2008 selepas beliau dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dalam Unit Perancang Ekonomi, satu jawatan yang dipegang sehingga April 2009. Dato' Sri Abdul Wahid Omar secara rasminya dilantik menjadi Presiden & CEO Kumpulan Maybank pada bulan Mei 2008. Sehingga kini, jawatan tersebut disandang oleh Tan Sri Dato’Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.
         Maybank merupakan sebuah bank komersial yang terbesar di Malaysia dalam pelbagai aspek. Di Malaysia sehingga tahun 2013, Maybank telah mempunyai lebih 374 cawangan dan lebih 2700 mesin ATM di seluruh Negara dan secara tidak langsung telah menjadikan Maybank sebagai rangkaian ATM yang terbesar di Negara ini. Di Singapura pula, Maybank mempunyai 24 cawangan, Brunei Darussalam 5 cawangan, manakala China,Hong Kong,Vietnam,United Kingdom, Amerika Syarikat, Kemboja dan Uzbekistan kesemuannya mempunyai 1 cawangan. Bank ini juga mengendalikan cawangan di New York, London, Indonesia dan banyak lagi.
      Matlamat penubuhan Maybank ini adalah untuk memenuhi keperluan semua pelanggan di seluruh Malaysia,Singapura,Brunei dan Negara-negara lain. Maybank mempunyai komitmen untuk memenuhi matlamat tersebut. Antara matlamat tersebut adalah untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan melalui kaedah yang paling cekap dan berkesan. Selain itu, membentuk satu kerjasama yang paling berkesan dan sempurna dengan menggunakan sumber-sumber yang dimiliki oleh Mybank dan banyak lagi.  Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Maybank ialah insurans,perkilangan,syarikat broker saham, perkhidmatan amanah,pengurusan tabung harta amanah, pelaburan dan banyak lagi.
       Ibu pejabat Maybank terletak di  Jalan Tun Perak mempunyai ketinggian 244 m (799 kaki) merupakan bangunan tertinggi di Malaysia pada tahun 1988 hingga 1998 sebelum diambilalih oleh Menara Berkembar Petronas.Bangunan ini mempunyai 50 tingkat dan siap pada tahun 1987.

    Aspek utama dan tumpuan kajian adalah berkisarkan aktiviti perniagaan yang diamalkan, pendekatan strategik yang digunakan dan perkaitannya dengan konsep perniagaan antarabangsa dan mengkaji strategi pemasaran yang boleh dilaksanakan oleh Maybank.
Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments